Perancangan Strategik MRSM KUCHING

Print
Category: MRSM Kuching
Published Date Written by Joomla!
  • Meningkatkan bilangan pelajar bumiputera dalam bidang sains dan teknologi, matang dan patriotik.
  • Menambah peluang dan kemudahan pendidikan yang berkualiti kepada anak bumiputera yang berpotensi dan berminat dibidang sains dan keusahawanan.
  • Menjadi pusat penjana ilmu serta inovasi dalam pembangunan pendidikan bumiputera dan pendidikan global.

MAJLIS AMANAH RAKYAT

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah Badan Berkanun hasil daripada Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada tahun 1965.  Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam Persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar Bandar.

OBJEKTIF

Menggalakkan, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar Bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, professional dan kukuh.

STRATEGI PELAKSANAAN

Mewujudkan serta menambah bilangan usahawan dikalangan Bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh. Mengambil bahagian yang aktif dalam perdagangan dan perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat yang memberi perlindungan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam dunia perniagaan. Menambah bilangan gunatenaga Bumiputera  yang terlatih dalam pelbagai bidang disemua peringkat, khususnya untuk keperluan perdagangan dan perindustrian, dan Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai serta menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial Bumiputera.

MISI KORPORAT

Mandat, wawasan dan nilai bersama adalah bertujuan untuk dihayati dan diamalkan oleh semua anggota MARA ke arah mewujudkan sebuah organisasi korporat yang cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa.

 

WAWASAN

“Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa” ;

 Pemegang amanah ekuiti

Penggerak dan Pemangkin yang aktif

Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan

Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan, dan

Sebagai organisasi pemikir

 

PERNYATAAN AMANAT

 “Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan”.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Intelek dan  rohani. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

 

PENDIDIKAN MRSM

 

MISI

Berusaha untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing dalam sains dan teknologi.

VISI KORPORAT

 Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

MATLAMAT

Menjadi penyumbang utama kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing di peringkat nasional dan global.

NILAI TERAS

Berusaha menerapkan nilai-nilai Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik.

 

 

 

 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan bilangan pelajar bumiputera dalam bidang sains dan teknologi, matang dan patriotik.
  • Menambah peluang dan kemudahan pendidikan yang berkualiti kepada anak bumiputera yang berpotensi dan berminat dibidang sains dan keusahawanan.
  • Menjadi pusat penjana ilmu serta inovasi dalam pembangunan pendidikan bumiputera dan pendidikan global.
  •  

CABARAN

1.         Berusaha meningkatkan jumlah pelajar bumiputera dalam bidang sains dan matematik bagi memenuhi keperluan matlamat pendidikan Negara dengan  kadar 60% pelajar jurusan sains dan 40% bukan sains.

2.         Menyediakan sumber tenaga mahir yang mencukupi khususnya dalam bidang sains dan teknologi untuk pembangunan Negara sekarang dan masa hadapan secara berterusan.

3.         Meningkatkan kemampuan daya saing pelajar bumiputera dalam urusan kemasukkan ke IPT selaras dengan dasar pengambilan pelajar berasaskan kaedah meritokrasi.

4.         Meningkatkan bilangan pelajar bumiputera yang mengikuti kursus-kursus kritikal yang berasaskan sains dan teknologi di IPT.

5.         Menjamin pengeluaran golongan professional bumiputera yang mempunyai daya saing, berdaya maju dan boleh berdikari dalam bidang pekerjaan sama ada di peringkat nasional dan global.

6.         Melaksanakan program dan aktiviti pendidikan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pembangunan bakat dan potensi diri pelajar-pelajar cemerlang bumiputera.

7.         Meningkatkan dan meneruskan tradisi pencapaian cemerlang pelajar-pelajar MRSM dalam peperiksaan awam sama ada peringkat PMR dan SPM.

8.         Mengangkat  martabat dan maruah bangsa dengan menjadikan MRSM sebagai sebuah institusi pendidikan menengah yang berkualiti, cemerlang, gemilang dan terbilang diperingkat nasional serta mencapai taraf dunia.

 

 

PELUANG DAN KEKUATAN MRSM

1.         Pelajar MRSM adalah terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang dan terpilih yang mewakili antara 2 – 5%  daripada jumlah pelajar-pelajar sebaya seluruh Negara.

2.         Sebagai sekolah berasrama penuh, pelajar-pelajar MRSM sentiasa berada di sekolah sepanjang penggal persekolahan dan mempunyai masa yang lebih panjang untuk melaksanakan program dan aktiviti kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

3.         Semua guru MRSM adalah mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya peringkat ijazah pertama dan mengajar hanya satu subjek secara khusus mengikut kelulusan masing-masing.

4.         Mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan yang mencukupi bagi membantu program dan aktiviti pendidikan berjalan dengan berkesan.

5.         MRSM mempunyai bilik darjah yang agak selesa dengan jumlah pelajar yang kecil menyediakan persekitaran yang menggalakkan proses pembelajaran.

6.         Nisbah bilangan guru dan pelajar yang agak kecil memudahkan proses komunikasi antara guru dengan pelajar dan memudahkan proses penilaian dan pemantauan prestasi pelajar dibuat.

 

7.         Pelaksanaan sistem homeroom yang berkonsepkan ibu dan bapa angkat membantu memudahkan pelaksanaan program pembangunan pelajar.

 

8.         Pelaksanaan Program Pengayaan Sekolah (SEM) menggalakkan proses pembelajaran ‘informal’ melalui kajian dan penyelidikan serta menggalakan proses pemikiran peringkat tinggi (HOT) dikalangan pelajar-pelajar.

9.         Persekitaran fizikal yang kondusif menggalakkan proses pembelajaran

 

 

FUNGSI

1.         Mengurus dan mentadbir sumber manusia yang terdiri daripada staf akademik dan staf sokongan.

2.         Mengurus dan mentadbir sumber-sumber pendidikan yang merangkumi aspek kewangan, maklumat, sistem dan kemudahan fizikal selaras dengan peraturan MARA yang terkini.

3.         Membangunkan dan mengembangkan bakat dan potensi diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Dasar Pendidikan Nasional dan Matlamat Pendidikan MRSM.

4.         Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan selaras dengan sistem dan kurikulum pendidikan MRSM terkini.

 

MATLAMAT

Berusaha menjadikan MRSM Kuching sebagai pusat pendidikan berkesan dan berkualiti melalui pencapaian berikut ;

“ Kecemerlangan akademik, Kesempurnaan sahsiah, Ketrampilan dalam komunikasi dan ICT, Keseimbangan jasmani, rohani dan emosi serta Kecenderungan dalam bidang keusahawanan ”.

 

OBJEKTIF OPERASI

 

1.         Mencapai Kecemerlangan Akademik  melalui penghasilan keputusan Peperiksaan SPM dan PMR yang berkualiti.

2.         Melahirkan pelajar yang berdisiplin, memiliki sahsiah yang terpuji, memiliki cirri-ciri kepimpinan dan bersikap patriotik.

3.         Melahirkan pelajar yang cerdas minda, cergas fizikal, berdaya saing, memiliki daya tahan dan tahap kawal emosi yang tinggi.

4.         Melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan menguasai kemahiran dalam bidang ICT

5.         Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan  berkecenderungan dalam bidang keusahawanan.

OBJEKTIF PENCAPAIAN AKADEMIK

1.         Lebih 95 % pelajar memperolehi gred A bagi semua subjek yang diambil dalam Peperiksaan PMR dengan pencapaian terendah 6 A, tiada gred B dan ke bawah bagi subjek sains dan matematik, tiada gred C bagi semua subjek dan semua pelajar layak meneruskan pengajian ke tingkatan 4 di MRSM.

2.         Lebih 50 % pelajar memperolehi gred A bagi semua subjek yang diambil dalam Peperiksaan SPM dengan pencapaian terendah 5 A dan Gred Purata Sekolah (GPS) kurang dari 2.00.

3.         100 % pelajar tingkatan 3 dan 5 memenuhi syarat graduasi dan layak memperolehi Sijil Rendah Pelajaran dan Siji Pelajaran Menengah masing-masing.

4.         Semua pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke IPT / IPTS yang terpilih selepas peperiksaan SPM.

 

 

OBJEKTIF PENCAPAIAN KESEMPURNAAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

 

1.         Semua pelajar memiliki tahap disiplin diri yang tinggi, bebas dari tindakan disiplin kesalahan kelas A dan mengamalkan cara hidup berteraskan nilai-nilai murni.

2.         Semua pelajar boleh mengurus diri dengan baik dan penampilan diri yang sempurna

OBJEKTIF PENCAPAIAN KESEIMBANGAN JASMANI, ROHANI DAN EMOSI

 

1.         Pelajar dapat mengawal tekanan, sabar, berfikir secara rasional, toleransi, jujur, penyayang, berfikiran terbuka dan bersikap patriotik.

2.         Pelajar menghayati dan mengamalkan pegangan agama dan nilai-nilai murni dalam melaksanakan tugas dan amalan hidup harian.

3.         Pelajar memiliki tahap kecergasan fizikal yang tinggi dan bergerak aktif dan menyumbang dalam kegiatan kokurikulum.

OBJEKTIF PENCAPAIAN KETRAMPILAN PELAJAR DALAM KOMUNIKASI DAN ICT

1.         Semua pelajar boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

2.         Semua pelajar dapat menguasai kemahiran dan aplikasi ICT dalam pembelajaranan kehidupan harian.

OBJEKTIF PENCAPAIAN KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN

1.         Semua pelajar memiliki pengetahuan asas keusahawanan melalui Kursus Asas Keusahawanan.

2.         Sebahagian pelajar memiliki kemahiran asas keusahawanan dan berkecenderungan dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti Program Usahawan Muda (PUM).

FOKUS STRATEGI

 

Pelaksanaan PSM harus dijalankan secara bersepadu dan berterusan dengan memberi fokus kepada lima strategi ;

1.         Membina minda dan sikap cintakan ilmu dan bermatlamatkan Kecemerlangan dikalangan semua warga.

2.         Membina etika dan budaya kerja yang luhur dan membina imej diri yang terpuji.

3.         Melahirkan generasi pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran.

4.         Melahirkan pelajar yang berdaya saing, berkepimpinan dan patriotik.

5.         Mewujudkan prasarana, sistem, teknologi, peralatan dan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran.

 

PROSES KERJA

 

Bagi pelaksanaan PSM yang berkesan dan penghasilkan kerja yang berkualiti mestilah mengikuti proses kerja berikut ;

1.         Memahami dan menghayati matlamat dan objektif organisasi / unit kerja.

2.         Menilai dasar, peraturan, sumber manusia, prasarana, sistem dan persekitaran.

3.         Pelaksanaan perancangan

4.         Pemantauan

5.         Penilaian

6.         Penambahbaikan

7.         Dokumentasi

STRATEGI  PELAKSANAAN P & P

1.         Pendekatan pengajaran bersepadu ;

-           Jalinan P&P dalam aktiviti kokurikulum

-           Jalinan P&P subjek utama dan P&P subjek sisipan (secondary subject)

2.         Pecutan pengajaran dan pembelajaran bagi semua subjek teras / peperiksaan.

3.         Pendalaman dan pelebaran kandungan pengajaran dan pembelajaran.

4.         Pelaksanaan program pengayaan melalui aktiviti Model Pengayaan Sekolah (SEM)

5.         Pelaksanaan aktiviti pembelajaran kendiri;

-           Modul pembelajaran interaktif berdasarkan media elektronik dan ICT

-           Penggunaan sumber pembelajaran melalui internet

-           Modul / bahan pembelajaran ulangkaji terancang

6.         Perkongsian dan permuafakatan ilmu melalui ;

-           Aktiviti pembelajaran dalam kumpulan (study group)

-           Pelaksanaan Program Ulangkaji Intensif (IRP)

-           Pembelajaran melalui Pembimbing Rakan Akademik(PRA)

7.         Pemantauan P&P secara berterusan

-           Pencerapan pengajaran dan pembelajaran berkala

-           Pelaksanaan pengajaran berpasukan (team teaching)

-           Pelaksanaan program ‘mentoring’

8.         Pelaksanakan ujian dignostif dan formatif secara bersistematik dan berterusan.

 

Orang Awam/Pelawat